TARIKH : 24 Mei 2011 (Selasa)
MASA : 7.45 pagi - 8.45 pagi (1 jam)
TAHUN : 1 Pintar
TAJUK : Kebun Datuk Anas (Buku Teks m/s 94)
HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Bercerita berdasarkan gambar
ii. Menyenaraikan alatan berkebun dan sayur-sayuran yang terdapat dalam gambar (Kata Nama Am)
iii. Memilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar
FOKUS UTAMA :
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai bahan
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal
FOKUS SAMPINGAN :
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.
SISTEM BAHASA : Kata Nama Am
PENGISIAN ILMU: Sains, Kemahiran Hidup
NILAI : Kasih sayang, kerjasama, usaha
BAHAN BANTU MENGAJAR : Petikan, Lembaran kerja, Latihan interaktif
AKTIVITI
FOKUS UTAMA :
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai bahan
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal
FOKUS SAMPINGAN :
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.
SISTEM BAHASA : Kata Nama Am
PENGISIAN ILMU: Sains, Kemahiran Hidup
NILAI : Kasih sayang, kerjasama, usaha
BAHAN BANTU MENGAJAR : Petikan, Lembaran kerja, Latihan interaktif
AKTIVITI
Set Induksi(5 minit) | |
Gambar sayur-sayuran 1. Bendi 2. Terung 3. Petola 4. Kacang panjang | 1. Guru menunjukkan gambar sayur-sayuran. 2. Guru menyoal murid: a) Gambar apakah ini? b) Di manakah sayur-sayuran ini ditanam? 3. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran hari ini. |
Langkah 1 (15 minit) | |
Tajuk petikan: Kebun Datuk Anas | 1. Murid membaca petikan yang dipaparkan. 2. Murid bercerita tentang cerita yang dibaca. 3. Murid menjawab soalan guru secara lisan. |
Langkah 2 (20 minit) | |
Kata Nama Am: 1. bayam 2. bendi 3. kangkung 4. terung 5. petola 6. kacang panjang | 1. Murid menyebut beberapa perkataan yang berwarna yang terdapat dalam petikan. 2. Murid menyesuaikan perkataan dengan gambar yang betul. 3. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang berwarna. |
Langkah 3 (15 minit) | |
Mengelas jenis sayur dan alatan berkebun | 1. Guru menunjukkan gambar pekebun sedang berkebun. 2. Murid diminta mengecam alatan berkebun dan sayur-sayuran. 3. Murid mengelaskan gambar mengikut kategori alatan berkebun dan sayur-sayuran. 4. Murid memilih ayat yang betul berdasarkan gambar. |
Penutup | |
Nilai-nilai murni: 1. Kerjasama 2. Usaha 3. Kasih-sayang | 1. Guru memperdengarkan lagu "Tok Anas Ada Kebun" 2. Murid-murid menyanyi beramai-ramai. 3. Murid membuat rumusan apa yang dipelajari hari ini. |
Refleksi |