TARIKH : 24 Mei 2011 (Selasa)
MASA : 7.45 pagi - 8.45 pagi (1 jam)
TAHUN : 1 Pintar
TAJUK : Kebun Datuk Anas (Buku Teks m/s 94)

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Bercerita berdasarkan gambar
ii. Menyenaraikan alatan berkebun dan sayur-sayuran yang terdapat dalam gambar (Kata Nama Am)
iii. Memilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar


FOKUS UTAMA :
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai bahan
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal


FOKUS SAMPINGAN :
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.


SISTEM BAHASA : Kata Nama Am
PENGISIAN ILMU: Sains, Kemahiran Hidup


NILAI : Kasih sayang, kerjasama, usaha


BAHAN BANTU MENGAJAR : Petikan, Lembaran kerja, Latihan interaktif


AKTIVITI
Set Induksi(5 minit)

Gambar sayur-sayuran
1. Bendi
2. Terung
3. Petola
4. Kacang panjang
1. Guru menunjukkan gambar sayur-sayuran.
2. Guru menyoal murid:
a) Gambar apakah ini?
b) Di manakah sayur-sayuran ini ditanam?
3. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran hari ini.
Langkah 1 (15 minit)
Tajuk petikan: Kebun Datuk Anas1. Murid membaca petikan yang dipaparkan.
2. Murid bercerita tentang cerita yang dibaca.
3. Murid menjawab soalan guru secara lisan.
Langkah 2 (20 minit)
Kata Nama Am:
1. bayam
2. bendi
3. kangkung
4. terung
5. petola
6. kacang panjang
1. Murid menyebut beberapa perkataan yang berwarna yang terdapat dalam petikan.
2. Murid menyesuaikan perkataan dengan gambar yang betul.
3. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang berwarna.
Langkah 3 (15 minit)
Mengelas jenis sayur dan alatan berkebun1. Guru menunjukkan gambar pekebun sedang berkebun.
2. Murid diminta mengecam alatan berkebun dan sayur-sayuran.
3. Murid mengelaskan gambar mengikut kategori alatan berkebun dan sayur-sayuran.
4. Murid memilih ayat yang betul berdasarkan gambar.
Penutup
Nilai-nilai murni:
1. Kerjasama
2. Usaha
3. Kasih-sayang
1. Guru memperdengarkan lagu "Tok Anas Ada Kebun"
2. Murid-murid menyanyi beramai-ramai.
3. Murid membuat rumusan apa yang dipelajari hari ini.
Refleksi

date Ahad, 20 November 2011

0 komen to “Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1”

Leave a Reply: